Adakah hanya saya atau anda pun terasa yang sama?

Perasan tak RM1800 dahulu terasa banyak dan RM1800 sekarang terasa sikit? Dahulu zaman mak ayah kita kalau gaji empat angka boleh hidup selesa.........tapi zaman kita kena jadi 5 angka baru boleh hidup selesa sedikit .....dahulu RM50 penuh bakul troli, tapi sekarang RM50 cuma dapat mengisi satu plastik barang sahaja.



Semuanya disebabkan inflasi dan nilai matawang yang semakin turun. Kadar inflasi rasmi negara pada tahap lebih kurang 3% tetapi tahap inflasi yang dirasai oleh kebanyakkan orang awam adalah lebih. Ini mungkin kerana kadar inflasi negara cuma dikira atas barang-barang keperluan tertentu sahaja. Duit simpanan kita walaupun angkanya besar tetapi semakin lama nilainya semakin kecil. Mungkin suatu hari nanti RM50 hanya dapat membeli 1 ke 2 barang sahaja?

Ulasan