Inflasi tu apa?

Saya bukannya pakar ekonomi yang boleh menjelaskan apakah makna inflasi dengan tepat secara teknikal, tapi bagi orang kebanyakkan sepetti kita inflasi bolehlah diuraikan sebagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Bila inflasi berlaku, barangan yang dapat dibeli untuk setiap ringgit berkurangan berbanding sebelum inflasi. Ini bermakna kuasa membeli pengguna berkurangan disebabkan satu ringgit hari ni tidak dapat membeli barang yang sama esoknya akibat berlakunya inflasi. Mungkin ada geng yang masih ingat harga KFC snack plate pada tahun 2000. Masa itu dengan RM6.00 kita telah boleh menikmati satu pinggan Snack Plate KFC . Tetapi pada tahun 2020 ini, sepinggan Snack Plate KFC@ 2 piece combo telahpun menjadi RM16.90, iaitu lebih dua kali ganda dari 20 tahun dahulu, dan itupun tanpa ada lagi roti bun seperti dahulu. Jika kita membawa RM6 sekarang ke KFC agaknya apalah yang boleh kita beli? 




Ulasan

Catatan Popular